Powered By Blogger

Sabtu, 17 Julai 2010

Definisi Perkakasan Dan Perisian

Perkakasan (hardware) komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device). Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer, dan perisian (software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer.


Perisian komputer terdiri daripada program-program yang membolehkan komputer melakukan sesuatu tugas tertentu. Perisian boleh dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu perisian sistem, perisian pengaturcaraan dan perisian penggunaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan